Sos Lemon

Wednesday, December 29, 2010

Bahan-bahan

1/2 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan air
1/2 sudu besar butter
Jus lemon
Hirisan kulit lemon

Cara membuat:-

1. Masukkan gula, tepung jagung & air ke dalam kuali.
2. Tambahkan lemon zest & pastikan kepanasan api adalah sederhana untuk elak gula daripada hangus.
3. Bila sudah mula mendidih, jauhkan daripada api & tambahkan jus lemon serta mentega.
4. Gaul rata & bubuh semula atas api beberapa ketika sebelum dihidang untuk dimakan bersama pancake.



** Saya kurangkan kuantiti mentega & banyakkan jus lemon. Tak berapa suka bau mentega dalam sos laa. Huhu!!

Pancake

Thursday, November 11, 2010

Bahan-bahan

115g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh krim tartar
1sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
25g mentega cair (2 sudu besar)
1 biji telur
1cubit garam
150ml susu segar

Cara membuat:

1. Campurkan tepung, krim tartar & soda bikarbonat dalam mangkuk adunan.
2.Gaulkan bahan tadi bersama mentega & ramas sampai berderai.
3. Tambahkan esen vanila, gula & garam ke dalam susu dan kacau sebati.
4. Lubangkan adunan tepung di tengahnya & gaul rata bersama telur & susu tadi hingga sebati.
5. Tuangkan sedikit minyak atas kuali & tunggu hingga benar-benar panas.
6. Tuangkan sesenduk kecil adunan atas kuali panas & tunggu hingga buih-buih udaranya pecah sebelum diterbalikkan.



** Sedap dimakan panas-panas bersama madu atau sos strawberi @ buah-buahan lain. Saya guna lemon sebab itu je yang ada dalam peti sejuk. Huhu!!!
** Untuk resipi sos lemon Klik di sini

Kolak Pisang Halia Resipi Ibu

Monday, September 20, 2010

Bahan-bahan:

Pisang nangka (dibelah serong sederhana tebal)
Halia (dihiris nipis lebar-lebar)
Gula ( beberapa cawan ikut citarasa)
Air

Cara membuat:

1. Rebuskan pisang bersama hirisan halia hingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan seketika dalam api yang perlahan.
3. Sejukkan dalam peti sejuk @ tambah ais sebelum dihidangkan.


** Sedap dimakan bila hari panas selain sesuai utk buang angin.
** Ibu kata pisang nangka paling sesuai untuk buat manisan ni.
** Kolak pisang version indonesia guna santan tapi ibu letak halia.

 

 
Inilah rupa pisang nangka...


 
Pisang dipotong ikut ketebalan sebegini untuk elak daripada
cepat hancur



Kolak pisang halia sedia untuk dimakan. 
Kuahnya bertukar sedikit keruh apabila siap dimasak.. 



Sardin Telur

Bahan-bahan

Sardin dalam tin
Telur (dipukul)
Bawang besar (dihiris)
Cili hijau (dihiris) / Cili api
Limau nipis

Cara membuat:

1. Asingkan sardin & kuahnya.
2. Celupkan sardin dalam telur yang sudah dipukul & goreng shgga salutan telur masak. Asingkan.
3. Goreng bawang hingga naik bau bersama cili hijau. Asingkan.
4. Kemudian, masukkan sdkt kuah sardin tadi ke dlm kuali. Tambahkan sedikit kicap.
5. Taburkan bawang & cili pada kuah. Gaul rata.
6. Tuangkan kuah sardin pada ikan sardin yg siap disalut telur tadi.
7. Perah sdkt limau nipis & hidangkan.





** Lauk yg sgt simple kan?
** P/S: Kualiti gambar tak best sgt. Guna kamera handphone je..

Air Sitrus Bersoda

Bahan-bahan:
Perahan pati lemon
Air aiskrim soda
Sedikit air gula

Cara menyediakan:
1. Perah buah lemon dan ambil patinya.
2. Tambahkan pati lemon tersebut dalam gelas yang sedia berisi air soda.
3. Jika mahu, tambahkan sedikit air gula ikut citarasa.
4. Tambah ais & hiaskan dengan hirisan lemon.

** Gambar belum upload.
** Dah cuba cold drink ni bulan puasa lepas. Boleh tahan. Ibu pun suka jugak . /blush

CuBa CuBa MaSaK Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino