Kolak Pisang Halia Resipi Ibu

Monday, September 20, 2010

Bahan-bahan:

Pisang nangka (dibelah serong sederhana tebal)
Halia (dihiris nipis lebar-lebar)
Gula ( beberapa cawan ikut citarasa)
Air

Cara membuat:

1. Rebuskan pisang bersama hirisan halia hingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan seketika dalam api yang perlahan.
3. Sejukkan dalam peti sejuk @ tambah ais sebelum dihidangkan.


** Sedap dimakan bila hari panas selain sesuai utk buang angin.
** Ibu kata pisang nangka paling sesuai untuk buat manisan ni.
** Kolak pisang version indonesia guna santan tapi ibu letak halia.

 

 
Inilah rupa pisang nangka...


 
Pisang dipotong ikut ketebalan sebegini untuk elak daripada
cepat hancur



Kolak pisang halia sedia untuk dimakan. 
Kuahnya bertukar sedikit keruh apabila siap dimasak.. 



Sardin Telur

Bahan-bahan

Sardin dalam tin
Telur (dipukul)
Bawang besar (dihiris)
Cili hijau (dihiris) / Cili api
Limau nipis

Cara membuat:

1. Asingkan sardin & kuahnya.
2. Celupkan sardin dalam telur yang sudah dipukul & goreng shgga salutan telur masak. Asingkan.
3. Goreng bawang hingga naik bau bersama cili hijau. Asingkan.
4. Kemudian, masukkan sdkt kuah sardin tadi ke dlm kuali. Tambahkan sedikit kicap.
5. Taburkan bawang & cili pada kuah. Gaul rata.
6. Tuangkan kuah sardin pada ikan sardin yg siap disalut telur tadi.
7. Perah sdkt limau nipis & hidangkan.





** Lauk yg sgt simple kan?
** P/S: Kualiti gambar tak best sgt. Guna kamera handphone je..

Air Sitrus Bersoda

Bahan-bahan:
Perahan pati lemon
Air aiskrim soda
Sedikit air gula

Cara menyediakan:
1. Perah buah lemon dan ambil patinya.
2. Tambahkan pati lemon tersebut dalam gelas yang sedia berisi air soda.
3. Jika mahu, tambahkan sedikit air gula ikut citarasa.
4. Tambah ais & hiaskan dengan hirisan lemon.

** Gambar belum upload.
** Dah cuba cold drink ni bulan puasa lepas. Boleh tahan. Ibu pun suka jugak . /blush

CuBa CuBa MaSaK Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino